Skip to main content

Profesor Dato' Ir. Ts. Dr. Ruzairi bin Abdul Rahim

     Naib Canselor

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Selamat Datang Ke Laman Sesawang Pejabat Canselori, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Saya mengucapkan tahniah kepada pihak pengurusan dan ahli jawatankuasa laman sesawang kerana berjaya mewujudkan platform sebagai satu wadah khususnya bagi warga universiti untuk mendapatkan maklumat berkaitan pejabat ini. Saya berharap agar laman sesawang ini akan dikemaskini secara berterusan agar kekal relevan dengan informasi perubahan terkini.

Sejak awal penubuhannya universiti ini sentiasa komited terhadap usaha untuk melahirkan graduan yang holistik, seimbang dan berminda keusahawanan, selain seimbang antara ilmu dan akhlaknya. Sehubungan itu, pelajar diberikan peluang bukan sahaja untuk membina kematangan minda menerusi aktiviti akademik, malah pelbagai kegiatan luar yang mampu menajamkan kemahiran insaniah masing-masing.

Untuk tujuan itu, setiap warga universiti berperanan dalam mewujudkan pembentukan ekosistem kecemerlangan. Budaya muafakat dalam kalangan warga UTHM merupakan kunci utama kepada setiap kejayaan, selain usaha penambahbaikan yang berterusan tanpa mengenal erti jemu. Semoga setiap kejayaan yang kita tinggalkan mencatat pelbagai hikmah demi kebaikan semua pihak.

Akhir kata, marilah kita semua berganding bahu agar hasrat untuk menjadikan UTHM sebagai universiti teknikal bertaraf dunia akan terus direalisasikan bersama.

Sekian, terima kasih.

Profesor Dato' Ir. Ts. Dr. Ruzairi bin Abdul Rahim
Naib Canselor
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia