Skip to main content

Profesor Sr. Ts. Dr. Hj. Lokman Hakim Ismail Bin Hj. Ismail

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Salam ukhwah dan selamat datang kepada YBhg. Dato’/Prof./ Tuan/ Puan kerana sudi melayari laman Pejabat Timbalan Naib Canselor (HEP dan Alumni), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Pejabat Timbalan Naib Canselor (HEP dan Alumni) merupakan salah satu pusat tanggungjawab yang memberikan perkhidmatan secara langsung kepada para pelajar. Pusat tanggungjawab (PTj) ini berperanan memastikan sistem pendidikan dapat direalisasikan menerusi aktiviti yang merangkumi sukan, kebudayaan dan kepimpinan. Selain itu, PTj ini juga berperanan sebagai pemudahcara dalam menguruskan aspek kebajikan dan pelbagai perkhidmatan kepada pelajar sepanjang tempoh pengajian di universiti.

Persaingan sengit graduan universiti masa kini menuntut semua pelajar untuk lebih kreatif bagi membangunkan potensi diri serta meningkatkan kemahiran insaniah mereka ke arah menjadi graduan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Semoga segala usaha dan inisiatif yang dilaksanakan dengan penuh keikhlasan akan mendapat ganjaran keberkatan serta memberi manfaat yang berterusan kepada agama, bangsa dan negara.

Sekian, terima kasih.

Profesor Sr. Ts. Dr. Hj. Lokman Hakim Ismail Bin Hj. Ismail
Timbalan Naib Canselor
(Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)