Skip to main content

 

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Selamat datang dan Alhamdulillah, kami memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dapat berkongsi santapan kasih juadah mesra di laman sesawang Pejabat Canselori. Semoga cerminan jati diri dan akal budi Pejabat Canselori ke arah perkhidmatan yang berkualiti dan cemerlang sebagai sebuah pasukan berprestasi tinggi akan sentiasa terpahat dalam minda dan amalan setiap dari kita.

‘Sebahagian daripada kita’ mempunyai latar belakang yang berbeza. Perbezaan ini menghasilkan gabungan sebilangan individu yang mempunyai kompetensi yang saling bergantung iaitu dari segi keupayaan, kepakaran, kemahiran dan pengetahuan serta mempunyai akauntabiliti dan komitmen terhadap prestasi pasukan serta bersedia melaksanakan tugasan secara bersama bagi mencapai matlamat pasukan. Perkongsian dalam merealisasikan matlamat jalinan kerjasama yang erat dan komunikasi berkesan antara pihak pengurusan organisasi dengan pasukan serta antara sesama anggota pasukan merupakan matlamat laman ini.

Penutup kalam, ‘Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat’. Sama-sama kita membudayakan ‘Bagai aur dengan tebing’ dan teruskan usaha dengan cemerlang demi kegemilangan universiti tercinta.

Sekian, terima kasih.

Pengarah
Pejabat Canselori