Skip to main content

Pejabat Canselori adalah pejabat pengurusan tertinggi dan utama di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Pejabat ini bertanggungjawab untuk memastikan halatuju, perancangan polisi dan pembangunan universiti selari dengan hasrat penubuhan UTHM berpandukan kepada misi, visi dan falsafah penubuhan universiti.

Pejabat Canselori merangkumi bahagian-bahagian berikut:

i)   Pejabat Naib Canselor
ii)  Pejabat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa)
iii) Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi)
iv) Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni)
v)  Pejabat Canselori